Hari ni nak kongsikan dengan anda tentang Tortilla Wrap yang ida buat hari Sabtu lepas masa on the way nak hantar adik ipar pergi kenduri sebelah lelaki..sambut menantu..hihi..
Nak dijadikan cerita mula-mula nak masak nasi goreng je..pastu macam leceh je nak makan dalam kereta..then rasa macam nak buat Tortilla Wrap ni..senang sikit nak makan dalam kereta..heeee
Actually dah banyak kali ida buat Tortilla Wrap ni..guna yang jenama Mission Wrap, jenama BIG VALUE AEON BIG punya..guna chapati pun pernah!hihi..memang suka Tortilla Wrap ni..mudah je nak buat..
Kali ni nak kongsi dengan korang sebab ida buat homemade roti tortilla ni..roti dengan inti..sedap!Lembut jadi rotinya ni..boleh diberikan 4 bintang dari 5 bintang..heeee
Menggiurkan..betul tak?kiki..Untuk inti Tortila ni terpulang pada anda nak inti apa..scramble egg sahaja pun boleh..
Jom kita layan resepi :
Roti Tortilla
2 cawan tepung gandum
3/4 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu kecil garam
3 sudu besar minyak
3/4 cawan air panas (mendidih)
Cara :
1. Gaulkan dahulu tepung gandum, serbuk penaik dan garam.
2. Masukkan minyak dan gaul sehingga berketul-ketul
3. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil digaulkan tepung tersebut.
4. Rehatkan doh selama 15-30 minit.
5. Bahagikan doh kepada 6 bahagian
6. Panaskan non stick pan. Canaikan doh sehingga nipis..kena nipis kalau tebal nanti keras
7. Bakar di atas non stick pan
Inti Tortilla :
Daun salad
Daun lettuce
Timun/Zucchini
Mayonaise
Sos cili
Isi ayam/nugget/sosej
Chicken ham
Cheese
1. Letakkan dahulu daun salad, lettuce dan timun.
2. Letakkan isi ayam/nugget/sosej
3. Letakkan mayonaise dan sos cili
4. Letak cheese
5. Letak chicken ham
6. Gulungkan..cara gulung senang je..lipat kiri dan kanan, kemudian gulungkan..macam buat kuih ketayap tu..hihi
Ida balut dengan aluminium foil so senang nak makan..disebabkan isi banyak takut tumpah pulak nanti..sangat sedap dan puas hati makan!
Cubala :)