Saya adalah Pengedar Sah Shaklee di kawasan Batu Pahat. Jika anda tinggal di kawasan berdekatan dan mahu untuk mencuba barangan dan supplemen Shaklee, anda boleh terus menghubungi saya di 018 - 2091012 melalui SMS, whatapps, & telegram. Selain itu anda juga dapat menghubungi saya di hidayati_ismal@yahoo.com atau www.facebook.com/kydal.

Tuesday, 3 March 2015

Nasi Ayam Blackpepper : Resepi Ayah..TERBAIK

Pernah dengar Nasi Ayam Blackpepper tak?Mesti pernah kan?Tak silap ida pernah one of the contestant kat Masterchef buat Nasi Ayam Blackpepper ni..tapi ida tahu resepi ni dari ayah ms zaman bujang lagi..heee

Resepi ayah?A'ah..ayah ida yang masak tau..sedap!Ayah memang terer gila masak tau..hehe..kalau makan tu tak jilat jari mmg tak sah..bila duduk jauh mcm ni selalu teringatkan masakan ayah..so klu nak mkn, kena la masak sendiri..sadis..sob3..

Mulanya ida tak minat nak buat Nasi Ayam Blackpepper ni..sebabnya mcm banyak keje and susah..tapi lepas kali kedua buat n hubby thumbs up..so suka la buat Nasi Ayam Blackpepper ni..


                                            Menggoda tak?

Nasinya ada yang masukkan kiub ayam atau pun perasa ayam je..tapi ida suka masukkan sup ayam..baru rasanya naik..hehe..
So..mula-mula ida masakkan su ayam dulu. Bila dah siap supnya kita masak pulak ayam blackpepper ni..then baru masak nasi. Kenapa kena masak sup dengan ayam blackpepper dulu?Iyela sebab nasinya kan kita campurkan denga sup dan kuah ayam blackpepper tu :)

Jom..layan resepi :

Sup Ayam

Rangka ayam 1 ekor (prefer pakai rangka ayam coz buat stok dengan rangka ayam paling sedap..boleh tambah kaki ayam kalau nak..kolagen semulajadi gitu..sup ayam yang direneh dari rangka ayam ni sangat sesuai dimakan ketika demam, selesema..dapat increase antibodi hokay) - dipotong, dibasuh dan letak garam untuk 15 minit kemudian basuh semula
Bawang merah 5 biji - ditumbuk
Bawang putih 3 ulas - ditumbuk
Halia 1 inci - ditumbuk
Rempah sup 1 sudu - bancuh dengan air jadikan pes
Kulit kayu manis - 1
Bunga lawang - 1
Bunga cengkih - 1
Buah pelaga - 1
Kentang 3 biji - potong 4
Carrot 1 batang - potong besar
Batang seleri 2 - potong
Blackpepper kasar - 1 sudu kecil
Garam
Perasa ayam

1. Panaskan minyal..ida suka guna olive oil..konon berkhasiat supnya..hehe
2. Tumis rempah 4 sekawan sampai naik bau
3. Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi..tumis sampai naik bau
4. Masukkan rempah sup..tumis sampai pecah minyak
5. Masukkan rangka ayam..Kecilkan api..tutup periuk biar kejap dalam 5 - 10 minit..ida prefer buat mcm ni nak bg bahan tumisnya meresap ke dalam rangka ayam..then bagi jus ayam keluar..dalam masa tu boleh kacau-kacau kan rangka ayam tu utk elakkannya hangit
6. Kemudian masukkan air..sukatan terpulang pada anda
7. Masukkan sayuran..renehkan sehingga mendidih
8. Bila dah mendidih boleh masukkan serbuk blackpepper, perasa ayam dan garam..sesuaikan rasa..

Siap!

Ayam Blackpepper

Ayam - 1/2 ekor (bersihkan)
Bawang besar 1 biji - tumbuk
Bawang putih 3 ulas - tumbuk
Halia 1 inci - tumbuk
Serbuk blackpepper (kasar) - 1 sudu kecil
Kicap manis - 3 sudu besar
Sos tiram - 1 sudu besar
Sos lada hitam - 3 sudu besar
Gula

1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumbuk sehingga naik bau
2. Masukkan serbuk ladahitam dan kacau seketika
3. Masukkan ayam..kecilkan api..biarkan ayam reneh seketika
4. Masukkan kicap manis, sos tiram dan sos lada hitam
5. Masukkan air..air jangan masukkan banyak-banyak..agak-agak cukup untuk masukkan dalam nasi dan kuah makan
6. Biarkan ayam masak..reneh..
7. Rasa dahulu..selalunya ida masukkan gula sikit je..garam dan perasa ayam tak masukkan langsung sebab kicap dan sos tiram dah masin.

Siap!

Nasi Ayam Blackpepper
Beras 2 1/2 pot (basuh)
Bawang merah 5 biji - tumbuk
Bawang putih 3 ulas - tumbuk
Halia 1 inci - tumbuk
Serai 1 batang - titikkan
Butter 1 sudu

1. Panaskan butter..campur sikit dengan olive oil
2. Tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau
3. Masukkan serai..gaul-gaulkan
4. Masukkan kuah blackpepper
5. Masukkan beras..gaul bagi sebati dengan kuah dan bahan tumisan
6. Masukkan kuah sup..macam ida guna 2 1/2 cawan beras so kuah sup ida masukkan 3 cawan
7. Masukkan garam dan perasa ayam..Gaulkan
8. Masak nasi seperti biasa..if guna periuk elektrik transfer je dari dapur gas ke periuk nasi
9. Tunggu sehingga nasi masak..bila dah masak..gemburkan nasi tersebut..

Siap!

Sambal merah
Cili pes - 4 sudu (pes cili yang ida buat dah siap blend dengan bawang merah dan bawang putih)
Cili merah 5 biji - blend
Halia 1 inci - blend
Garam
Gula

1. Panaskan minyak..tumis bahan - bahan blend
2. Pastikan sambal ditumis sehingga pecah minyak
3. Masukkan garam dan gula
4. Biarkan sehingga kering

Siap!

Bolehla dihidangkan dengan hirisan timun dan daun salad.

Sedap tau..selamat mencuba!


No comments:

Post a Comment