Saya adalah Pengedar Sah Shaklee di kawasan Batu Pahat. Jika anda tinggal di kawasan berdekatan dan mahu untuk mencuba barangan dan supplemen Shaklee, anda boleh terus menghubungi saya di 018 - 2091012 melalui SMS, whatapps, & telegram. Selain itu anda juga dapat menghubungi saya di hidayati_ismal@yahoo.com atau www.facebook.com/kydal.

Wednesday, 25 March 2015

Happy Birthday Haikal :)

Alhamdulillah..16 Mac 2015 yang lalu cukupla umur Haikal cecah 2 tahun. Allah masih lagi meminjamkan insan yang tersayang ni kepada Ida dan hubby.

Kitaorang takdela sambut birthday haikal secara besar - besaran..hanya kami tiga orang je :)
Haikal sangat gembira sangat sebab dapat kek Pocoyo!Pocoyo?A'ah..kartun favourite haikal..ida pun suka juga tengok kartun ni..not bad..ajar colour, shape dan sebagainya.

Haikal memang sangat sukakan kartun Pocoyo ni..masa haikal umur setahun ida buatkan kek Elmo..sbb time tu dia suka sangat dia kartun elmo tu. Tahun ni kek kartun Pocoyo pulak. Pening kepala jugak ida nak buat kek ni. Iyala, gambar Pocoyo tu bukan senang nak buat. Siap terfikir nak guna fondant utk buat kartun tu.

Ida pun stalker la blog-blog orang yang buat kek ni..hehe..so dapatla idea untuk guna edible image je. Dengan pantas ida pun terus je g kedai bahan kek dekat kawasan rumah ni untuk tempah edible image pocoyo.

Mesti ada yg tanya kenapa tak tempah saja kan?Lagi senang..ida lagi suka buat sendiri..lagi puas hati..berhempas pulas n anak suka makan..lagipun ida tahu bahan apa yang ida masukkan..

Selain kek pocoyo, ida juga buat dinner plate ala-ala kfc..hehe..ayam goreng kfc, potato wedges dengan coleslaw..haikal suka ayam goreng yg ida buat ni..mesti tak cukup seketul..ish3




Terliur tak?hehe...perasan kan?Simple tapi sangat puas hati sebab masak sendiri.

Resepi kek boleh tengok di Kek Coklat. Sama je resepinya. Cumanya ida hias kek ni dengan edible image pocoyo. Haikal sangat teruja tengok kek ni..haha

Meh ida kongsikan resepi dinner plate ni.

Resepi Ayam Goreng

Separuh ayam - dibersihkan
6 ulas bawang putih - ditumbuk
1 sudu kecil garam - ida tumbuk sekali dengan bawang putih
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk kari
Sedikit Sodium bicarbonate
Sedikit air utk larutkan serbuk

Tepung :
2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
sedikit sodium bicarbonate
sedikit garam
1 sudu serbuk cili

Cara :
1. Gaulkan ayam dengan semua bahan. Perapkan paling kurang 1 jam
2. Sebatikan tepung untuk digoreng
3. Celup ayam ke dalam telur
4. Masukkan ke dalam tepung
5. Goreng.

Siap!

Resepi Potato Wedges

6 biji kentang - direbus separuh masak
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu kecil serbuk kunyit
sedikit garam
serbuk blackpepper

Tepung :
1 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
1 biji telur + 3/4 cawan air

Cara :
1. Kentang direbus separuh masak. Sejukkan.
2. Campurkan bahan-bahan kering dengan tepung.
3. Telur dicmpurkan dengan air. Pukul sehingga sebati
4. Kentang dipotong 6. Celupkan ke dalam campuran air dan telur tadi
5. Salutkan dengan campuran tepung dan bahan kering.
6. Goreng

Siap!

Resepi Coleslaw

1/4 kobis
1/2 lobak merah
4 sudu besar mayonis
1 sudu kecil cuka epal
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam

Cara :
1. Kobis dan lobak merah dipotong halus. Ida guna turbo chopper je..senang
2. Campurkan semua bahan.
3. Sejukkan di dalam peti sejuk.

Siap!

Mudah dan ringkas je makanannya..tapi sangat puas hati!

No comments:

Post a Comment