Detoks hati?Perlu ke detoks hati?Bukan hanya detoks usus sahaja ke?Haaaa.....
Sebenarnya, hati pun kena detoks tau..di hati la terkumpulnya toksin di dalam badan. Sebab itu hati ni adalah salah satu daripada organ yang penting dalam tubuh badan manusia!Hati juga menerima secara langsung radikal bebas, nutrient dan sebagainya!Hati merupakan organ terbesar di dalam tubuh manusia dan berkeupayaan dalam membina semula.
Fungsi hati :
1. Rembesan hempedu
Cecair rembesan ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman. Hempedu diperlukan untuk pencernaan lemak. Ia memecahkan kepada lapisan yang lebih kecil. Hempedu juga membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak; A,D,E,F,K dan membantu mengasimilasikan kalsium. Hempedu juga menukarkan Beta Karotene kepada Vitamin A.
2. Bertindak sebagai detoksifikasi
Metabolisma protein dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati. Hati mengawal metabolisma protein. Untuk detoksifikasikan ammonia, hati juga menggabungkan bahan-bahan toksik termasuk sisa metabolik, sisa racun serangga, dadah, alkohol dan bahan kimia dengan bahan-bahan lain yang kurang toksik. Bahan-bahan ini kemudiannya dikumuhkan dari buah pinggang.
3. Mengawal paras gula dalam darah
Menukarkan tiroksina - hormon tiroid, ke dalam bentuk yang lebih aktif. Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiroidisme.
4. Penting dalam metabolisme lemak
Penting di dalam sintesis asid lemak dari asid amino dan gula, iaitu ketika pengeluaran kolesterol, lipoprotein, dan phospholipid dan ketika pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga.
Jom tingkatkan fungsi hati untuk kesihatan jantung dan sel. Badan yang tidak berasid memudahkan penyerapan nutrient.
Untuk keterangan & tempahan :
No comments:
Post a Comment