Saya adalah Pengedar Sah Shaklee di kawasan Batu Pahat. Jika anda tinggal di kawasan berdekatan dan mahu untuk mencuba barangan dan supplemen Shaklee, anda boleh terus menghubungi saya di 018 - 2091012 melalui SMS, whatapps, & telegram. Selain itu anda juga dapat menghubungi saya di hidayati_ismal@yahoo.com atau www.facebook.com/kydal.

Monday, 9 February 2015

Homemade Chicken Nugget

Anak suka makan nugget?Buat aje..hehehe..okay, ida pun sebenarnya suka makan processed food ni..Opppssss!!!

Processed food ni sangat tak elok tau..sebabnya processed food ni dah dicampurkan dengan preservative, stalbilizer dan bahan-bahan pengawet yang lain. Iye, memang betul semuanya mendapat kelulusan oleh pihak yang berkenaan..tapi cuba korang fikir semula..korang makan ikut suggestion hidangan tak?Kalau iye, then takpe..kalau makan lebih daripada yang dicadangkan..tak berlebihan bahan-bahan kimia tu dalam badan?
Tepuk dada tanya selera :)

Kalau anak-anak suka makan processed food ni..cer cuba buat sendiri. Serius tak susah..senang je..lagi seronok kalau buat sekali dengan anak-anak. Boleh eratkan silaturahim lagi tau! Selain selamat, makanan tersebut juga bersih dah of course HALAL TOYIBAN..heee

Ida bukan anti processed food ke apa tau..ataupun anti pada makanan yang sedia ada..cumanya bagi pendapat ida, if kita possible buat sendiri why don't we try it?Lagi bagus anak-anak makan dari air tangan ibu..kan..kan..

Tercetusnya nak buat homemade chicken nugget ni bila dah start ada anak la..bila haikal dah pass ayam dan ingredient yang sewaktu dengannya, so misi mencari resepi..hehe..Ida ambil resepi ni daripada blog jintanmanis :)


                                                                      frozen nugget

Haa..bentuk bulat je..sebab malas ikut acuan..keh3..buat acuan lambat..leceh..hik3..so ida bulat-bulatkan aje macam bergedil tu..

Jom layan resepi :

Bahan-bahan :
400gm isi ayam
250gm tauhu (toskan dahulu selama 30min utk buang air)
1/2 biji telur
200gm serbuk roti (6 keping roti putih dibakar then blend kering smpi hancur)
Garam
Black pepper (kalau suka)

Coating :
180gm serbuk roti (5 keping roti putih dibakar then blend kering sampai hancur)
2 biji telur (dipukul)

Cara :
1. Isi ayam dicampur dengan tauhu, serbuk roti, garam dan black pepper. Gaulkan bagi sebati.
2. Ambil sedikit then boleh ikut acuan yang dikehendaki. Kalau adunan lembik boleh tambah serbuk roti atau letakkan minyak di telapak tangan.
3. Celup di dalam telur
4. Salutkan dengan serbuk roti

Siap!!Boleh terus goreng atau simpan dalam freezer untuk buat stok.

Ida selalunya akan buat stok. Bila sampai mood malas nak masak untuk haikal, atau teringin nak makan..goreng aje :)

Mudahkan?

                                                                 Nugget dah siap digoreng

Sedap tau!Cubalah :)

No comments:

Post a Comment