Suka makan coklat cheese kek tak?hehe..saya suka :)
nyummm..hik3..kalori tak hengat punya kan...ngeeeee
Okay, selalunya ida buat Moist Coklat Kek je..ni 1st time buat Coklat Cheese Kek..request dari anak buah kat tempat keje..sebenarnya hutang kek ni dengan dia since Raya Haji tahun lepas..wahhh..lamanya..tahun 2015 baru tunaikannya..haha..itu pun sebab birthday dia..so buatkan la Coklat Cheese Kek ni..
Ada nampak macam kek yang jual kat kedai tak?hehe
Dapat pujian sedap tau!Wah..kembang hidung sat..hik3..
Untuk Coklat kek dan ganache, ida ambil resepi daripada blog Cikgu Suraya manakala untuk cheese ida ambil daripada blog tiffinbiru.Jom layan resepi.......
Coklat kek
Bahan A
1 cawan serbuk koko (jenama apa pun boleh)
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
Bahan B
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur
Cheese
250gm cream cheese
60gm cawan gula halus
1 biji telur
1 sudu besar air
1 sudu besar tepung gandum
Cara :
Kek Coklat
1. Masak bahan A sehingga sebati dengan menggunakan api yang kecil. Sejukkan
2. Pukul telur sampai kembag, kemudian campurkan Bahan A
3. Masukkan esen vanilla. Pukul sehingga sebati
4. Masukkan Bahan B sedikit demi sedikit (ayak bersama tepung gandum, bikarbonat dan baking powder). Kacau sebati selama 5 minit.
Lapisan Cheese
1. Putar cream cheese dengan gula sehingga sebati dan licin
2. Masukkan telur dan putar sehingga kembang
3. Masukkan air dan tepung gandum. Putar sehingga sebati dan tidak berbintil
Kek Coklat Cheese
1. Sediakan periuk pengukus. Pastikan air telah mendidih
2. Sapukan butter pada permukaan loyang untuk mengelakkan daripada kek melekat pada loyang
3. Masukkan sebahagian daripada adunan kek coklat ke dalam loyang. Kukus selama 20 minit. Pastikan penutup pengukus dibalut dengan kain ataupun gunakan aluminium foil untuk mengelakkan wap air masuk ke dalam kek.
4. Masukkan adunan cheese. Kukus selama 15 minit.
5. Masukkan baki adunan kek coklat. Kukus sehingga masak dalam 40 minit. Anda boleh cucuk dengan garfu untuk memastikan kek dah cukup masak.
Ganache
300gm coklat masakan
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar butter
1/4 cawan air panas
Cara :
1. Panaskan susu cair dan susu pekat dengan menggunakan kaedah double boiler
2. Masukkan coklat masakan dan kacau sehingga cair
3. Padamkan api dan masukkan butter sehingga butter cair. Kacau lagi
4. Curahkan 1/2 adunan ganache ke atas kek. Pastikan semua kek dilitupi.
5. Biarkan selama 15 minit - 30 minit supaya ganche tadi meresap ke dalam kek
6. Panaskan semula lebihan ganache dan masukkan air panas
7. Kacau sehingga sebati dan curahkan ke atas kek tadi.
Siap! :)
No comments:
Post a Comment