Saya adalah Pengedar Sah Shaklee di kawasan Batu Pahat. Jika anda tinggal di kawasan berdekatan dan mahu untuk mencuba barangan dan supplemen Shaklee, anda boleh terus menghubungi saya di 018 - 2091012 melalui SMS, whatapps, & telegram. Selain itu anda juga dapat menghubungi saya di hidayati_ismal@yahoo.com atau www.facebook.com/kydal.

Sunday, 23 August 2015

Pasta Black Pepper..kegemaran haikal :)

Kecil-kecil dah pandai makan pasta kan?kiki...pasta, spagheti, angel hair, fettucini, spiral, macaroni..memang kegemaran haikal

Cumanya masa haikal umur bawah 2 tahun dia suka mkn yg ada dengan cheese..tapi sekarang tak minat yang ada cheese..ida buatkan carbonara..reject..buatkan yang bolognese pun reject..last either goreng biasa atau blackpepper ni je..habis makan!hehe

Sebenarnya resepi ni datangnya dari kak ngah ida..dulu masa bujang kitaorang tinggal sekali ni la yang paling rajin dia masak..tp dia pakai spagheti la..resepi dia ida ada derhaka sikit..kiki..



Tak kisah nak guna apa-apa pun boleh..Jom kita layan resepi :

Pasta - tunggu ir mendidih kemudian rebus 10 minit then tutup api biarkan 10 minit..tips dari ayah ida
Sosej - ikut suka berapa banyak yang nak..hiris
Sayur kobis
Bawang besar - 1 biji hiriskan
Bawang putih - 3 ulas hiriskan
Serbuk lada hitam kasar - 1 sudu kecil
Sos lada hitam - 3 sudu besar
Sos tiram - 3 sudu besar
Kicap manis - 3 sudu besar

Cara memasak :
1. Panaskan minyak kemudian tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau
2. Masukkan semua sos dan kicap. Masukkan sedikit sahaja air
3. Masukkan sosej dan biarkan sehingga sosej masak
4. Masukkan kobis
5. Masukkan pasta dan gaulkan semua biar sebati
6. Perasakan jika perlu

Siap!Mudahkan?hehe

Sosej boleh digantikan dengan ayam..masak blackpepper ni bagi ida hanya sedap menggunakan makanan darat iaitu daging dan ayam..tapi selera masing-masing kan?

Nak resepi ayam goreng?Boleh..ni resepi ayam goreng mak mertua..heeee..belajar daripada dia sebab hubby suka makan

Resepi Ayam Goreng

Bahan :
1/2 ekor ayam - bersihkan
halia - 1 inci
bawang putih - 5 ulas
kunyit hidup - 1 inci
garam - 1/2 sudu kecil

Cara :
1. Tumbukkan semua bahan di atas kecuali ayam
2. Setelah semua bahan lumat bolehla dilumurkan pada ayam
3. Biarkan ayam seketika sebelum digoreng supaya ramuan dapat meresap ke dalam ayam

Lagi sedap makan ayam goreng ni dengan sambal kicap bersama nasi putih panas!WAH..terangkat tau!!boleh bertambah-tambah nasinya..hehe

Selamat mencuba ye :)

No comments:

Post a Comment