Saya adalah Pengedar Sah Shaklee di kawasan Batu Pahat. Jika anda tinggal di kawasan berdekatan dan mahu untuk mencuba barangan dan supplemen Shaklee, anda boleh terus menghubungi saya di 018 - 2091012 melalui SMS, whatapps, & telegram. Selain itu anda juga dapat menghubungi saya di hidayati_ismal@yahoo.com atau www.facebook.com/kydal.

Wednesday, 26 August 2015

Anak kurang selera makan?

Haaa...selalunya ibu-ibu la yang paling susah hati kalau anak-anak kurang selera makan..yela, siapa yang tak susah hati kan..entah cukup ke tidak nutrisi yang anak kita dapat tu..hmmmm..

Tambahan kadang-kadang anak-anak kita ni sering kali jatuh sakit disebabkan oleh sistem imun yang tidak cukup kuat..bahkan mereka juga terdedah dengan jangkitan penyakit..lagi bertambah risau dibuatnya..

Ida pun mengalami situasi yang sama..Haikal pun dihantar ke taska..pantang ada buadak yang selesema..tak lama nanti berjangkit la kat dia..huhu

Bagaimana nak tingkatkan sistem imun badan anak kalau diaorang kurang selera makan?Haaaa..Mealshake la jawapannya!



Bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak, bahkan sangat sesuai untuk golongan dewasa!

Mealshake menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan harian.

Antara manfaat Mealshake ini ialah :
1. Nutrisi lengkap
    Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu

2. Membekalkan nutrisi kepada sel tubuh
    Kaya dengan protein membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan
    lain.

3. Membantu tumbesaran
    Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina
    tulang dan sel-sel untuk proses membesar

4. Anti oksida
    Mengandungi vitamin A,C,E zink, selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak
    melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.

5. Mengembalikan seri wajah
    Mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan kuprum yang cukup untuk membina sel-sel darah
    merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik

6. Detoksifikasi
    Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut
    dan usus.

Mealshake juga tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. Boleh dinikmati oleh semua golongan!

Untuk keterangan & tempahan :




Sunday, 23 August 2015

Pasta Black Pepper..kegemaran haikal :)

Kecil-kecil dah pandai makan pasta kan?kiki...pasta, spagheti, angel hair, fettucini, spiral, macaroni..memang kegemaran haikal

Cumanya masa haikal umur bawah 2 tahun dia suka mkn yg ada dengan cheese..tapi sekarang tak minat yang ada cheese..ida buatkan carbonara..reject..buatkan yang bolognese pun reject..last either goreng biasa atau blackpepper ni je..habis makan!hehe

Sebenarnya resepi ni datangnya dari kak ngah ida..dulu masa bujang kitaorang tinggal sekali ni la yang paling rajin dia masak..tp dia pakai spagheti la..resepi dia ida ada derhaka sikit..kiki..



Tak kisah nak guna apa-apa pun boleh..Jom kita layan resepi :

Pasta - tunggu ir mendidih kemudian rebus 10 minit then tutup api biarkan 10 minit..tips dari ayah ida
Sosej - ikut suka berapa banyak yang nak..hiris
Sayur kobis
Bawang besar - 1 biji hiriskan
Bawang putih - 3 ulas hiriskan
Serbuk lada hitam kasar - 1 sudu kecil
Sos lada hitam - 3 sudu besar
Sos tiram - 3 sudu besar
Kicap manis - 3 sudu besar

Cara memasak :
1. Panaskan minyak kemudian tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau
2. Masukkan semua sos dan kicap. Masukkan sedikit sahaja air
3. Masukkan sosej dan biarkan sehingga sosej masak
4. Masukkan kobis
5. Masukkan pasta dan gaulkan semua biar sebati
6. Perasakan jika perlu

Siap!Mudahkan?hehe

Sosej boleh digantikan dengan ayam..masak blackpepper ni bagi ida hanya sedap menggunakan makanan darat iaitu daging dan ayam..tapi selera masing-masing kan?

Nak resepi ayam goreng?Boleh..ni resepi ayam goreng mak mertua..heeee..belajar daripada dia sebab hubby suka makan

Resepi Ayam Goreng

Bahan :
1/2 ekor ayam - bersihkan
halia - 1 inci
bawang putih - 5 ulas
kunyit hidup - 1 inci
garam - 1/2 sudu kecil

Cara :
1. Tumbukkan semua bahan di atas kecuali ayam
2. Setelah semua bahan lumat bolehla dilumurkan pada ayam
3. Biarkan ayam seketika sebelum digoreng supaya ramuan dapat meresap ke dalam ayam

Lagi sedap makan ayam goreng ni dengan sambal kicap bersama nasi putih panas!WAH..terangkat tau!!boleh bertambah-tambah nasinya..hehe

Selamat mencuba ye :)

Thursday, 20 August 2015

Ayam Bakar Lada Hitam..Sedap hingga menjilat jari ;)

Assalamualaikum....

Hari ni nak kongsi entry ayam bakar lada hitam..hehe..memang mendapat sambutan hangat..husband ida memang HANTU dengan ayam bakar lada hitam ni..dia cakap makan dengan nasi putih je dah sedap!

Sebenarnya ida buat ayam bakar lada hitam ni untuk rumah terbuka staf kilang ida raya tahun ni..kononnya lain dari yang lain..hihi..diaorang nak western food katanya..so ayam bakar lada hitam ni menu utama..

Dimakan dengan sos lada hitam..WAH..terangkat tau!hihi..ida pun sediakan salad kentang serta salad sayur yang lain..western sungguh la..heeee

Resepi ni ida ambil daripada Potret Kasih..memang suka blogwalking kat situ..resepi best-best


Tengok pun dah leleh air liur..kan?kan?kiki...

Jom layan resepi :

Ayam 1 ekor..better tak payah potong..potong bila dah siap masak..lagi sedap
8  ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar serbuk lada hitam kasar
6 sudu besar sos tiram
1 sudu sos cili

Bawang putih dan halia ida tumbuk dengan lesung batu. Kemudian campurkan semua bahan bersama-sama. Ida perapkan semalaman supaya menyerap..paling kurang pun kena sejam ye..

Bila nak bakar sapu sikit dengan minyak masak ye..200 degree selama 1 jam..kalau pakai oven yang ada kipas tu silala hidupkan kipas..heeeee

Boleh dimakan dengan sos lada hitam atau sos nasi ayam..sedap..cubala!

Monday, 17 August 2015

Tingkatkan Sistem Imunisasi Anda!

Bagaimana?
Mesti anda fikirkan dengan menagamalkan Vitamin C..betul tak?Iye, dengan mengamalkan Sustained Release Vita C Plus Shaklee juga mampu untuk meningkatkan sistem imunisasi anda..

Tetapi tahukah anda bahawa di Shaklee terdapat juga supplemen lain yang dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi?

Dan tahukah anda bahawa Shaklee adalah satu-satunya syarikat supplemen yang berjaya membangunkan interferon semulajadi di dunia?

Dr Kojima daripada Jepun telah berjaya menetapkan bahawa ekstrak dari 4 tumbuhan :
1. Biji labu
    Merangsang pengeluaran interferon semulajadi di dalam tubuh
    Menentang radikal bebas dan faktor penyebab kanser

2. Biji Plantago asiatica
    Mengaktifkan sel-sel imun

3. Honeysuckle Jepun
    Menentang pencerobohan virus dan kuman

4. Bunga Safflower
    Menghasil dan memperkuatkan keupayaan makrofaj
    Memusnahkan virus dan kuman


Fungsi Nutriferon ini untuk :
1. Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari
    Interferon mampu merangsang dan mempertingkatkan secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan
    mengerahkan sistem pertahan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh.

2. Melawan kanser & tumor
    Interferon semulajadi ini mengandungi polisakarida yang merangsang dan mengaktifkan
    immunoglobulin melawan sel-sel tumor dan kanser.

3. Melindungi daripada influenza
    Melindungi dari kesan virus, dan mikrob

4. Meringankan stress & kelesuan
 
5. Melambatkan penuaan
    Merangsang pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman.

6. Mengurangkan infeksi pada pesakit Hepatitis B dan C


Untuk keterangan dan pertanyaan :


Friday, 14 August 2015

Cantik dengan Collagen Powder

Tahukah anda kolagen hanya diperolehi daripada haiwan sahaja?
Tahukah anda kolagen di dalam badan kita semakin susut apabila usia kita semakin meningkat terutamanya apabila anda sudah mencecah usia 30 an?

Kolagen pada haiwan sahaja?Betul ke?Iye, betul kakak, adik..kolagen hanya terdapat pada haiwan sahaja..kalau ada yang cakap ada pada tumbuhan..sebenarnya adalah protein. Pernah dengar kan suatu masa dulu..tak lama sangat la..kiki..popular kologen rumpai laut. Sebenarnya bukan kolagen ye..itu adalah protein daripada tumbuhan..

Tapi kenapa nampak perubahan jugak walaupun bukan kolagen tetapi protein?Ini adalah kerana sel-sel badan kita juga daripada protein..so bila sel2 badan kita memang memerlukan protein utk menghasilkan sel yang baru..

Shaklee Collagen Powder adalah supplemen kolagen yang mengandungi 4,000 mg kolagen RSS (Sisik ikan merah). Kolagen Shaklee adalah sangat rendah dalam berat molekular dan amat mudah diserap oleh tubuh badan.

Shaklee Collagen Powder terdiri daripada tujuh ramuan utama :
1. Kolagen dari Sisik Ikan Merah
    Sumber kolagen yang premium dengan kurangnya pencemaran dan kadar penyerapan yang tinggi

2. Ekstrak biji Camellia japonica
    Pelembap dan antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas

3. Ekstrak Pfaffia
    Menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembap dan licin

4. Elastin daripada kolagen ikan
    Mengekalkan kulit menjadi tegang, anjal dan elastik

5. Vitamin C and Vitamin B
    Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas
    Vitamin B membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen

6. Ekstrak kekerang
    Membekalakn pelincir kepada sendi-sendi dan melegakan ketidakselesaan mata

7. Lactobacillus acidophilus
    Membantu membina semula sistem usus yang sihat yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen


Manfaat Utama Collagen Powder :
Kerosakan kolagen boleh dipercepatkan dengan faktor luaran seperti matahai, radikal bebas diudara, air dan nutrisi, merokok dan lain-lain. Shaklee Collagen Powder mampu membantu kulit kita mengekalkan elastisiti semulajadi dan memperlahankan kehadiran kedutan.

1. Tampak lebih muda
    - Menguatkan rambut dan merangsang pertumbuhan semula
    - Kuku menjadi lebih kuat, bintik putih akan hilang dan pangkal kuku akan mengekalkan warna yang sihat
    - Kulit akan kurang kering dan elastisiti bertambah baik serta mengurangkan parut
    - Membantu menghilangkan tanda penuaan

2. Rasa lebih muda
    - Kolagen membantu menguatkan tulang dan mengurangkan tulang menjadi rapuh
    - Kolagen membantu mengurangkan kesakitan dan geseran di sendi-sendi
    - Membantu mengekalkan otot mata supaya tetap anjal


Tetapi awas!!!Collagen Powder Shaklee ni TIDAK BOLEH diambil oleh IBU HAMIL & IBU YANG MENYUSUKAN ANAK ye..

Untuk tempahan dan pertanyaan :



-

Tuesday, 11 August 2015

Hilangkan kerak di puting & botol susu!

Haaaa...mesti ramai parents yang mengalami masalah ni kan?betul tak?
Jangan risau..ida pun sama jugak..hehe

Selalunya bila guna pencuci botol yang dikhaskan seperti Pureen, kerak dan lemak susu tak tertanggal semua. Kadang-kadang terpaksa jugala rendam sekali lagi..yela, masih terasa lagi lemak susu tu. Tambahan kalau guna pam susu..pergghhhh...lagi banyak lemak susunya..hehe

Lama jugakla ida pakai Pureen ni..then bila dapat tahu tentang produk ni...zaaaaaaasssssssss...terus kita tukar!hehe..nak tengok berkesan ke tidak kan..


                                           Haa...hilangkan kerak kat puting susu tu

Tadaaaaa!!!Yang ini ida test sendiri kat puting susu haikal..actually pyting susu haikal ni takdela keraknya tebal..tp bekas-bekas susu tu memang melekat la..dan susah jugak nak tanggalkan although dah gunakan pembersih botol susu. Bila tukar pada Dish Wash Concentrate ni..memang puas hati!

Puting susu pun bersih..takde dah kerak-kerak especially kat pelipat puting tu. Ida just titiskan 3 titis Dish wash Concentrate dalam air suam. Prefer air suam daripad air paip..hehe..rendam dalam 15 minit kemudian cuci macam biasa. Botol susu pun bersih je..takde lagi kesan-kesan bekas susu!

Dish Wash Concentrate ni jugak boleh dipakai untuk membersihkan pinggan mangkuk..ida pun guna untuk bersihkan pinggan mangkuk..kiki..bersih tau!Minyak pun senang nak tanggalkan :)

Ayah ida pun pakai untuk cuci pinggan mangkuk..dan ayat yang paling best sekali ida dengar sudu dan garfu jadi berkilat pakai Dish Wash Concentrate ni!hehe..haaaa..mesti puas hati punya!

Ida berani guna Dish Was Concentrate ni pada botol susu dan puting susu haikal sebab Dish Wash Concentrate ni SELAMAT.SEMULAJADI. BERKESAN dan MESRA ALAM.

Tiada bahan kimia dan tiada paraben yang boleh membahayakan kesihatan!

Nak cuba?
Untuk keterangan & tempahan :




Thursday, 6 August 2015

Ayam Masak Paprik

Ida jarang-jarang masak ayam paprik ni..kadang-kadang je..
Sebabnya husband ida tak minat sangat..banyak sayur katanya..kiki

Ida suka sebab senang..sayur dan protein masak sekali..tak payah nak fikir masak sayur apa lagi..ahaaaa..ni namanya malas..kah3..

Sebelum tu ida nak bagitahu korang yang setiap kali guna cili kisar, ida memang dah blend sekali bawang besar dengan bawang putihnya. Ini untuk memudahkan kerja ida sebagai ibu yang bekerja...heeee..nanti ida kongsikan tips ye :)

                                                            Banyakkan sayur?hehe

Jom kita layan resepi dulu..ida ambil resepi dari blog Himpunan Resepi Bonda :

Bahan :
1/2 ekor ayam
3 sudu besar cili kisar (cili kisar ida dah blend dengan bawang besar dan bawang putih)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos cili
2 batang serai
1 biji bawang besar - hiris
1 biji cili merah
1 biji tomato
sayuran - ida letak kacang buncis, kobis, carrot dan batang seleri

Cara :
1. Tumiskan cili kisar sehingga pecah minyak
2. Masukkan serai. Biarkan mesra
3. Masukkan ayam. Biarkan ayam mereneh seketika dalam 10 minit
4. Masukkan sos cili, kicap dan sos tiram
5. Masukkan sedikit air. Kalau nak kuah pekat boleh masukkan bancuhan tepung jagung
6. Perasakan dengan garam dan gula jika perlu
7. Masukkan semua sayuran
8. Bila semua dah masak boleh masukkan cili merah dan bawang besar
9. Masukkan tomato dan tutup api

Siap!

Sedapkan?hehe..selamat mencuba


Saturday, 1 August 2015

Multivitamin Pertama di Dunia!

Eh..betul ke tajuk entri ida ni?

Betul..Shaklee yang menghasilkan multivitamin pertama di dunia!Multivitamin apa?

VITA-LEA IRON FORMULA lah..heeee

Pertama kali Vitalea dihasilkan adalah di dalam bentuk cecair dan telah diolah dan diubah bentuknya kepada tablet. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buahan, 12 vitamin dan 7 mineral penting!

Tablet Vita-lea ni disaluti oleh serbuk spirulina. Ia merupakan tablet multivitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia.



Ehhhhh...utk WANITA sahaja ke?Kan ada SUPERMOM tu?kiki...sebenarnya takla..Vita Lea ni boleh diamalkan oleh wanita dan lelaki..supermom tu sebab selalunya wanita ni lebih memerlukan tenaga..betul tak?Tambah yang bekerjaya..memerlukan supplemen tambahan untuk bekerja di pejabat, menguruskan rumah, memasak, menguruskan suami dan anak-anak.

TAPI...VitaLea ni tidak boleh diambil oleh mereka yang menghidap penyakit Thalasemia ye..sebab ada iron di dalam tablet ini..tak sesuai diamalkan oleh penghidap thalasemia..regardless sama ada anda menghadapi Thalasemia major atau minor.

Jom..kita check manfaat multivitamin pertama di dunia ini :
1. Penambahan tenaga segera
    Pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus
    dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian

2. Pelengkap nutrisi
    Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya
    mereka yang mengamalkan sayuran dan anemia

3. Keupayaan sistem produktif
    Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar

4. Metabolisma
    Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan

5. Elemen penting pada sel tubuh
    Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran,
    pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga tiroid

6. Melindungi organ
    Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati

VitaLea ni juga sangat sesuai diamalkan oleh ibu hamil, menyusu, berpantang dan juga penghidap anemia. Ini adalah kerana VitaLea membantu membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh badan serta memberikan tenaga. Kalau ibu-ibu hamil yang mempunyai masalah HB rendah..amalkan VitaLea..In Shaa Allah bacaan HB anda cantik je :)

Untuk keterangan & tempahan :